Sistem Pengurusan Kerjaya Sektor Awam atau dikenali sebagai SPK dibangunkan bertujuan untuk :
Mengukuhkan pengurusan sumber manusia dengan menambahbaik skim semasa personel ICT dari mula lantikan sehingga penamatan perkhidmatan supaya pengurusan dan kemajuan kerjaya adalah lebih komprehensif;
Mengukuhkan kemajuan kerjaya dengan pengwujudan sistem pengurusan dan perancangan kemajuan kerjaya personel ICT yang sistematik;
Mengurus dan mengiktiraf personel ICT profesional yang berkompetensi, berprestasi tinggi serta berdaya saing; dan
Mengukuhkan tadbir urus dan pengurusan perkhidmatan ICT di peringkat agensi pusat dan agensi sektor awam.
Untuk sebarang pertanyaan, aduan dan keterangan lanjut, sila hubungi pihak urus setia melalui e-mel di alamat spk_admin[at]jdn.gov.my
Soalan lazim berkaitan teknikal Sistem Pengurusan Kerjaya bagi Perkhidmatan Sistem Maklumat.
Soalan lazim berkaitan Perlaksanaan SME (Subjet Matter Expert) bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat.
Inisiatif Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) yang diperkenalkan oleh Kerajaan adalah sejajar dengan Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe11) mengenai pengukuhan pengurusan bakat untuk perkhidmatan awam masa hadapan. Di samping itu, Dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe11 menggariskan
kemajuan kerjaya pegawai perkhidmatan awam akan dilaksanakan dengan lebih telus berdasarkan merit dan prestasi dalam perkhidmatan.
Melalui pengwujudan laluan SME Kerajaan dapat mengiktiraf pegawai yang memiliki keupayaan intelektual, kepakaran yang tinggi serta berpengalaman luas dalam bidang
kepakaran serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya ke arah memastikan pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi dalam perkhidmatan awam.
Proses pengiktirafan pegawai SME dalam perkhidmatan awam bermula dari fasa perancangan iaitu penentuan bidang kepakaran, penetapan kriteria penilaian, unjuran
keperluan dan seterusnya perakuan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) untuk kelulusan bidang dan kriteria penilaian. Permohonan ke laluan SME boleh dikemukakan setelah
bidang kepakaran diluluskan dan dipersetujui oleh LKP. Pegawai yang diiktiraf sebagai pegawai SME oleh Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) akan diberi pemangkuan dan seterusnya
kenaikan pangkat pada 1 gred yang lebih tinggi secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tertakluk melepasi tapisan kepakaran yang ketat. Pegawai SME perlu melaksanakan
Penugasan Khas Pakar Bidang Khusus (SME Special Assignment – SSA) di samping tugasan hakiki berdasarkan jawatan bagi tujuan pengekalan dan peningkatan di laluan SME.
Dengan wujudnya pegawai SME yang berterusan menyumbangkan kepakaran dalam perkhidmatan awam, negara akan memperolehi manfaat jangka panjang melalui sumbangan
kepakaran dalam perkhidmatan awam di samping memastikan berlakunya pemindahan kepakaran secara sistematik dan efektif dalam kalangan penjawat awam di bawah pelan
penggantian dan pembangunan bakat perkhidmatan awam. Secara tidak langsung kebergantungan kepakaran daripada pihak luar dapat dikurangkan dan penjimatan kos dapat
dihasilkan selaras dengan falsafah SME.
Sumber : Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
1. Pengurusan Strategik ICT
2. Sains Data
3. Pengurusan Pengetahuan dan Maklumat Digital
4. Keselamatan dan Perlindungan Maklumat
5. Pengurusan Insiden dan Forensik ICT
6. Penilaian Tadbir Urus dan Audit Keselamatan Maklumat
7. Pengurusan Projek ICT
8. Pengurusan Pusat Data
9. Pengurusan Enterprise ICT
10. Pengurusan Rangkaian ICT
11. Kejuruteraan Keperluan Sistem
12. Kejuruteraan Sistem
13. Pengurusan Pangkalan Data
14. Pengujian dan Jaminan Kualiti Perisian(SQA)
Pengurusan Insiden dan Forensik ICT
603-8872 5136
hanom[at]jdn.[gov].[my]
Kejuruteraan Keperluan Sistem
603-8872 3030
nikzalbiha[at]jdn.[gov].[my]
Pengurusan Strategik ICT
603-8872 3053
isitianah[at]jdn.[gov].[my]
Pengurusan Projek ICT
603-8872 3160
subramani[at]jdn.[gov].[my]
Pengurusan Strategik ICT
603-8872 7404
norlida[at]jdn.[gov].[my]
Pengurusan Rangkaian ICT
603-8872 5160
khairil[at]jdn.[gov].[my]
Keselamatan dan Perlindungan Maklumat
603-8872 5135
mnawawi[at]jdn.[gov].[my]
Pengurusan Pangkalan Data
603-8872 3106
haneem[at]jdn.[gov].[my]
Pengurusan Rangkaian ICT
6019-988 7964
norfaizah[at]jdn.[gov].[my]
Pengujian dan Jaminan Kualiti Perisian(SQA)
603-8872 3160
mieza[at]jdn.[gov].[my]
Pengurusan Strategik ICT
603-8872 5095
suhaiza[at]jdn.[gov].[my]
Pengurusan Pangkalan Data
603-8872 3038
nursharmini[at]jdn.[gov].[my]
Kejuruteraan Sistem
603-8872 3042
hadri[at]jdn.[gov].[my]
Privasi Anda - Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.
Maklumat Yang Dikumpul - Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Perlindungan Data - Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan - Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini.
Copyright © 2024 - SPK | | J D N | | Jabatan Digital Negara