• Sistem Pengurusan Kerjaya Sektor Awam atau dikenali sebagai SPK dibangunkan bertujuan untuk :

  • Mengukuhkan pengurusan sumber manusia dengan menambahbaik skim semasa personel ICT dari mula lantikan sehingga penamatan perkhidmatan supaya pengurusan dan kemajuan kerjaya adalah lebih komprehensif;

  • Mengukuhkan kemajuan kerjaya dengan pengwujudan sistem pengurusan dan perancangan kemajuan kerjaya personel ICT yang sistematik;

  • Mengurus dan mengiktiraf personel ICT profesional yang berkompetensi, berprestasi tinggi serta berdaya saing; dan

  • Mengukuhkan tadbir urus dan pengurusan perkhidmatan ICT di peringkat agensi pusat dan agensi sektor awam.

  • Untuk sebarang pertanyaan, aduan dan keterangan lanjut, sila hubungi pihak urus setia melalui e-mel di alamat spk_admin[at]digital.gov.my

Maklumat Terkini




P A N D U A N

S O A L A N     L A Z I M

Feature

L A L U A N     P A K A R     B I D A N G     K H U S U S     S M E
S K I M     P E R K H I D M A T A N     P E G A W A I     T E K N O L O G I     M A K L U M A T



P E N G E N A L A N     S U B J E C T     M A T T E R    E X P E R T     (S M E)     I C T



Inisiatif Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) yang diperkenalkan oleh Kerajaan adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) mengenai pengukuhan pengurusan bakat untuk perkhidmatan awam masa hadapan. Di samping itu, Dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe11 menggariskan kemajuan kerjaya pegawai perkhidmatan awam akan dilaksanakan dengan lebih telus berdasarkan merit dan prestasi dalam perkhidmatan.

Melalui pengwujudan laluan SME Kerajaan dapat mengiktiraf pegawai yang memiliki keupayaan intelektual, kepakaran yang tinggi serta berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya ke arah memastikan pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi dalam perkhidmatan awam.

Proses pengiktirafan pegawai SME dalam perkhidmatan awam bermula dari fasa perancangan iaitu penentuan bidang kepakaran, penetapan kriteria penilaian, unjuran keperluan dan seterusnya perakuan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) untuk kelulusan bidang dan kriteria penilaian. Permohonan ke laluan SME boleh dikemukakan setelah bidang kepakaran diluluskan dan dipersetujui oleh LKP. Pegawai yang diiktiraf sebagai pegawai SME oleh Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) akan diberi pemangkuan dan seterusnya kenaikan pangkat pada 1 gred yang lebih tinggi secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tertakluk melepasi tapisan kepakaran yang ketat. Pegawai SME perlu melaksanakan Penugasan Khas Pakar Bidang Khusus (SME Special Assignment – SSA) di samping tugasan hakiki berdasarkan jawatan bagi tujuan pengekalan dan peningkatan di laluan SME.

Dengan wujudnya pegawai SME yang berterusan menyumbangkan kepakaran dalam perkhidmatan awam, negara akan memperolehi manfaat jangka panjang melalui sumbangan kepakaran dalam perkhidmatan awam di samping memastikan berlakunya pemindahan kepakaran secara sistematik dan efektif dalam kalangan penjawat awam di bawah pelan penggantian dan pembangunan bakat perkhidmatan awam. Secara tidak langsung kebergantungan kepakaran daripada pihak luar dapat dikurangkan dan penjimatan kos dapat dihasilkan selaras dengan falsafah SME.



6   B I D A N G     T E R A S     D A N     1 4   B I D A N G     K E P A K A R A N     I C T

1. Pengurusan Strategik ICT

2. Sains Data

3. Pengurusan Pengetahuan dan Maklumat Digital

4. Keselamatan dan Perlindungan Maklumat

5. Pengurusan Insiden dan Forensik ICT

6. Penilaian Tadbir Urus dan Audit Keselamatan Maklumat

7. Pengurusan Projek ICT

8. Pengurusan Pusat Data

9. Pengurusan Enterprise ICT

10. Pengurusan Rangkaian ICT

11. Kejuruteraan Keperluan Sistem

12. Kejuruteraan Sistem

13. Pengurusan Pangkalan Data

14. Pengujian dan Jaminan Kualiti Perisian(SQA)


P E G A W A I     S M E     I C T

DATIN Ts. DR. SITI HANOM BINTI MARJUNI

Pengurusan Insiden dan Forensik ICT

603-8872 5136

hanom[at]digital.[gov].[my]

NIK ZALBIHA BINTI NIK MAT

Kejuruteraan Keperluan Sistem

603-8872 3030

nikzalbiha[at]digital.[gov].[my]

Ts. DR. SITI ISTIANAH BINTI MAHDZUR

Pengurusan Strategik ICT

603-8872 3053

isitianah[at]digital.[gov].[my]

SUBRAMANI A/L NAGAIAH

Pengurusan Projek ICT

603-8872 3160

subramani[at]digital.[gov].[my]

 

DR. NORLIDA BINTI RAMLY

Pengurusan Strategik ICT

603-8872 7404

norlida[at]digital.[gov].[my]

Ts. MOHD KHAIRIL BIN SAILAN

Pengurusan Rangkaian ICT

603-8872 5160

khairil[at]digital.[gov].[my]

Ts. MOHD NAWAWI BIN MUSTAFA

Keselamatan dan Perlindungan Maklumat

603-8872 5135

mnawawi[at]digital.[gov].[my]

Ts. DR. FAIZURA HANEEM BINTI MOHAMED ALI

Pengurusan Pangkalan Data

603-8872 3106

haneem[at]digital.[gov].[my]

Ts. NOR FAIZAH BINTI JEMANGIN

Pengurusan Rangkaian ICT

6019-988 7964

norfaizah[at]digital.[gov].[my]

Ts. ROSHAIMIEZA BINTI MAT ADAM

Pengujian dan Jaminan Kualiti Perisian(SQA)

603-8872 3160

mieza[at]digital.[gov].[my]

 

Ts. SUHAIZA BINTI SUDIRMAN

Pengurusan Strategik ICT

603-8872 5095

suhaiza[at]digital.[gov].[my]

NUR SHARMINI ALEXANDER

Pengurusan Pangkalan Data

603-8872 3038

nursharmini[at]digital.[gov].[my]

MUHAMMAD HADRI BIN BASRI

Kejuruteraan Sistem

603-8872 3042

hadri[at]digital.[gov].[my]


M U A T     T U R U N

Screenshot Screenshot



P A U T A N     L U A R